Thursday, December 23, 2010

Tombo Ati .

Assalammualaikum w.b.t...

saya minta maaf kepada followers yg selalu singgah BHA(bicarahambaAllah)..
maaf sebab lama tak update..ada sedikit halangan untuk tidak membenarkan saya terus bertinta..
huhu..
erm,ha entri kali ni saya ada sedikit buah tangan untuk kalian yang saya dapat daripada Wasilah Tarbiyah..

ok,macam tajuk dekat atas..Tombo Ati..
sebenarnya ni pun kali pertama saya dengar perkataan tu..dan kalau ada yang tahu pasal Tombo Ati dan nak kongsi lebih lagi boleh tinggalkan komen :)

seperti mana bacaan saya..Tombo Ati ni sebuah lagu spiritual yang di popularkan kembali oleh Opick..
lagu ni terngiang-ngiang kembali memberi peringatan kepada kita semua .
> saya sendiri belum pernah dengar lagu ni,rasanya di youtube pasti ada..haaa,cakap pasal youtube ni lah masanya utk manfaatkan dia..bukan dengan cari lagu yang entah apa apa atau video yang pelik pelik..manfaatkan carian kalian..cuba cari lagu Tombo Ati ni..saya juga pasti cari..kalau ketemu insyaAllah di postkan di sini :)

oh yaa..lagu Tombo ati ni sememangnya popular di kalangan orang Jawa..
tapi bagi kita..lagu ni masih asing lahh..
tak lupa jugak lagu Tombo Ati dikarang oleh Sunan Bonang iaitu salah seorang Walisongo..
Kalau diterjemahkan dalam bahasa kita..bahasa melayu..Tombo Ati bermaksud Hiburan Hati , Ubat Hati dan yang seangkatan dengannya..
lagu tombo ati sarat dengan makna..di sini saya sertakan sekali liriknya..moga2 dapat beri penghayatan walaupun berlainan bahasa...

tombo ati iku limo perkarane
kaping pisan maco Qur'an lan maknane
kaping pindho sholat wengki lakonono
kaping telu wang kang sholeh kumpulono
kaping papat kudu weteng ingkang luwe
kaping limo dzikir wengki ingkang suwe
salah sawijine sopo biso ngelakoni
mugi-mugi Gusti Allah ngembatani
obat hati ada lima perkaranya
yang pertama , baca Qur'an dan maknanya
yang kedua , sholat malam dirikanlah
yang ketiga , berkumpulah dengan orang soleh
yang keempat , perbanyakanlah berpuasa
yang kelima , dzikir malam perpanjangkanlah
salah satunya siapa bisa menjalani
moga-moga Gusi Allah mencukupi

*Faham ke?

ok , Lima pesan Tombo Ati itulah jawapan yang selama ini di cari-cari oleh orang-orang yang ingin hatinya tenteram.Ketenangan jiwa ubatnya ternyata tidak harus pergi ke tempat-tempat yang jauh atau menjauhi keramaian dengan semata-mata pergi ke tempat yang sunyi , dan sebagainya.Ubat unuk mendapat ketenangan jiwa ada pada diri kita sendiri..mungkin kita sahaja yang tidak menyedarinya..Kita boleh mendapat ketenangan jiwa dengan melakukan lima perkara,iaitu :

> Baca Al-Quran dan fahami maknanya .
mari kita renungkan..berapa kali kita baca Al-Quran dalam sehari ? dalam seminggu ? dalam sebulan ?
Ataukah Al-Quran hanya menjadi barang berharga yang tersimpan rapi di dalam almari tanpa pernah membukanya ?
...Inilah kedamaian jiwa bagi mereka yang beriman yakni apabila membaca Al-Quran dan sentiasa  terngiang-ngiang nikmat Allah , janji Allah dan juga larangan dan perintahNya.Mereka ini akan yakin dengan setiap langkah selepas membaca kerana inilahkitab panduan Al-Quran Baqarah 2:2 .

> Mendirikan solat malam (tahajjud)
Untuk mendidik jiwa generasi Al-Quran yang unik seperti 1400 tahun dahulu di Mekah,mereka telah di wajibkan Qiamullail selama setahun.Akhirnya terbukti , mereka lah permata-permata yang telah membuka pekung kegelapan jahiliyah kepada cahaya islam.
...Justeru itu,untuk mendidik jiwa muda Islam zaman sekarang perbanyakkanlah tahajudd agar dapat mengelakkan diri dari terpesong memandangkan zaman sekarang merupakan era penuh cabaran .

> Berkumpul dengan orang soleh
Berkumpul dengan orang yang selalu menegakkan agama sangat berbeza rasanya berkumpul dengan orang yang sekuler atau jahilliyah dengan hal-hal yang berbau agama.Bagi kelompok terakhir ini(umat Nabi Muhammad SAW) ajaran agama dia anggap sebagai belenggu kebebasan ataupun sesuatu yang menghalang untuk terus hidup bebas.Selalu berada dengan orang yang rajin solat,pemurah,selalu berzikir dan menampakkan wajah yang teduh dapat membuatkan hati kita tenteram.Ini kerana,aura kesolehan orang itu sedikit sebanyak turut memancar ke diri kita.
..Berkumpul dengan orang sebegini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara perkara mungkar kerana terpengaruh dengan peribadi orang soleh itu.

> Perbanyakkanlah puasa
Tidak kira puasa sunat Isnin-Khamis atau dikenali juga sebagai Puasa Nabi Daud , semuanya merupakan saranan mendidik jiwa . Hinggakan Nabi  SAW pernah berpesan kepada para pemuda yang tidak mampu berkahwin spaya menjaga diri mereka dengan berpuasa !

> Berlama-lama dengan zikir malam
Zikir malam atau juga 'tengok bola' selepas waktu malam merupakan satu aktiviti yang menenangkan. Selain dapat mendidik lidah agar terus basah dengan kalimah-kalimah Allah sebagai tanda mensyukuri segala nikmat yang diberikan .

- Moga moga kita diberikan kekuatan untuk menggapai redhaNya -

akhir kalam , assalamualaikum ,
sampai bertemu dalam tinta seterusnya .