Thursday, December 23, 2010

Tombo Ati .

Assalammualaikum w.b.t...

saya minta maaf kepada followers yg selalu singgah BHA(bicarahambaAllah)..
maaf sebab lama tak update..ada sedikit halangan untuk tidak membenarkan saya terus bertinta..
huhu..
erm,ha entri kali ni saya ada sedikit buah tangan untuk kalian yang saya dapat daripada Wasilah Tarbiyah..

ok,macam tajuk dekat atas..Tombo Ati..
sebenarnya ni pun kali pertama saya dengar perkataan tu..dan kalau ada yang tahu pasal Tombo Ati dan nak kongsi lebih lagi boleh tinggalkan komen :)

seperti mana bacaan saya..Tombo Ati ni sebuah lagu spiritual yang di popularkan kembali oleh Opick..
lagu ni terngiang-ngiang kembali memberi peringatan kepada kita semua .
> saya sendiri belum pernah dengar lagu ni,rasanya di youtube pasti ada..haaa,cakap pasal youtube ni lah masanya utk manfaatkan dia..bukan dengan cari lagu yang entah apa apa atau video yang pelik pelik..manfaatkan carian kalian..cuba cari lagu Tombo Ati ni..saya juga pasti cari..kalau ketemu insyaAllah di postkan di sini :)

oh yaa..lagu Tombo ati ni sememangnya popular di kalangan orang Jawa..
tapi bagi kita..lagu ni masih asing lahh..
tak lupa jugak lagu Tombo Ati dikarang oleh Sunan Bonang iaitu salah seorang Walisongo..
Kalau diterjemahkan dalam bahasa kita..bahasa melayu..Tombo Ati bermaksud Hiburan Hati , Ubat Hati dan yang seangkatan dengannya..
lagu tombo ati sarat dengan makna..di sini saya sertakan sekali liriknya..moga2 dapat beri penghayatan walaupun berlainan bahasa...

tombo ati iku limo perkarane
kaping pisan maco Qur'an lan maknane
kaping pindho sholat wengki lakonono
kaping telu wang kang sholeh kumpulono
kaping papat kudu weteng ingkang luwe
kaping limo dzikir wengki ingkang suwe
salah sawijine sopo biso ngelakoni
mugi-mugi Gusti Allah ngembatani
obat hati ada lima perkaranya
yang pertama , baca Qur'an dan maknanya
yang kedua , sholat malam dirikanlah
yang ketiga , berkumpulah dengan orang soleh
yang keempat , perbanyakanlah berpuasa
yang kelima , dzikir malam perpanjangkanlah
salah satunya siapa bisa menjalani
moga-moga Gusi Allah mencukupi

*Faham ke?

ok , Lima pesan Tombo Ati itulah jawapan yang selama ini di cari-cari oleh orang-orang yang ingin hatinya tenteram.Ketenangan jiwa ubatnya ternyata tidak harus pergi ke tempat-tempat yang jauh atau menjauhi keramaian dengan semata-mata pergi ke tempat yang sunyi , dan sebagainya.Ubat unuk mendapat ketenangan jiwa ada pada diri kita sendiri..mungkin kita sahaja yang tidak menyedarinya..Kita boleh mendapat ketenangan jiwa dengan melakukan lima perkara,iaitu :

> Baca Al-Quran dan fahami maknanya .
mari kita renungkan..berapa kali kita baca Al-Quran dalam sehari ? dalam seminggu ? dalam sebulan ?
Ataukah Al-Quran hanya menjadi barang berharga yang tersimpan rapi di dalam almari tanpa pernah membukanya ?
...Inilah kedamaian jiwa bagi mereka yang beriman yakni apabila membaca Al-Quran dan sentiasa  terngiang-ngiang nikmat Allah , janji Allah dan juga larangan dan perintahNya.Mereka ini akan yakin dengan setiap langkah selepas membaca kerana inilahkitab panduan Al-Quran Baqarah 2:2 .

> Mendirikan solat malam (tahajjud)
Untuk mendidik jiwa generasi Al-Quran yang unik seperti 1400 tahun dahulu di Mekah,mereka telah di wajibkan Qiamullail selama setahun.Akhirnya terbukti , mereka lah permata-permata yang telah membuka pekung kegelapan jahiliyah kepada cahaya islam.
...Justeru itu,untuk mendidik jiwa muda Islam zaman sekarang perbanyakkanlah tahajudd agar dapat mengelakkan diri dari terpesong memandangkan zaman sekarang merupakan era penuh cabaran .

> Berkumpul dengan orang soleh
Berkumpul dengan orang yang selalu menegakkan agama sangat berbeza rasanya berkumpul dengan orang yang sekuler atau jahilliyah dengan hal-hal yang berbau agama.Bagi kelompok terakhir ini(umat Nabi Muhammad SAW) ajaran agama dia anggap sebagai belenggu kebebasan ataupun sesuatu yang menghalang untuk terus hidup bebas.Selalu berada dengan orang yang rajin solat,pemurah,selalu berzikir dan menampakkan wajah yang teduh dapat membuatkan hati kita tenteram.Ini kerana,aura kesolehan orang itu sedikit sebanyak turut memancar ke diri kita.
..Berkumpul dengan orang sebegini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara perkara mungkar kerana terpengaruh dengan peribadi orang soleh itu.

> Perbanyakkanlah puasa
Tidak kira puasa sunat Isnin-Khamis atau dikenali juga sebagai Puasa Nabi Daud , semuanya merupakan saranan mendidik jiwa . Hinggakan Nabi  SAW pernah berpesan kepada para pemuda yang tidak mampu berkahwin spaya menjaga diri mereka dengan berpuasa !

> Berlama-lama dengan zikir malam
Zikir malam atau juga 'tengok bola' selepas waktu malam merupakan satu aktiviti yang menenangkan. Selain dapat mendidik lidah agar terus basah dengan kalimah-kalimah Allah sebagai tanda mensyukuri segala nikmat yang diberikan .

- Moga moga kita diberikan kekuatan untuk menggapai redhaNya -

akhir kalam , assalamualaikum ,
sampai bertemu dalam tinta seterusnya .

Saturday, October 2, 2010

Mencari Ketenangan.

Salam penuh keberkatan . Setelah seminggu lebih menghasilkan blog ini merupakan entri saya yang pertama..
Maaf atas segala kecacatan..InsyaAllah kecacatan tersebut akan diperbaiki dari masa ke semasa..

Entri saya kali ni berkaitan dengan ketenangan .  Ramai antara kita kini sibuk mencari ketenangan bukan ? Terutama sekali remaja..Ya remaja memang banyak onak dan duri yang perlu di lalui..Mungkin kerna itu mereka stress..kemurungan dan sebagainya..Dan mereka ini juga sedang mencari ketenangan..
Entri ini saya khususkan kepada para remaja di luar sana..

Apa yang saya nak fokuskan kali ini ialah soal mendapatkan ketenangan..Caranya mudah saja..Dekatkan diri kepada pencipta kita iaitu Allah dan segala masalah yang membendung diri ini pasti hilang..Sujud di hadapanNya..luahkan apa yang terpendam..nangis sepuas-puasnya andai itu dapat mengeluarkan apa yang terbuku di hati..Allah sentiasa mendengar luahan hati kita..Allah sentiasa berada di sisi kita..Mengadulah segala-galanya kepada Dia..

Tapi kadang-kadang meluahkan segalanya di atas tikar sejadah dihadapanNya tak dapat memberikan ketenangan sepenuhnya kepada kita..Cara yang lain ialah bacalah ayat-ayat suci Al-Quran yang sememangnya mujarab untuk merawat segala jenis penyakit..termasuk juga penyakit kesedihan,kemurungan, stress dan sebagainya..Bacalah hingga peroleh ketenangan yang diinginkan..

Selain daripada meluahkan masalah kepadaNya dan juga mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran..mungkin kita juga perlukan seseorang untuk berkongsi masalah kita..berkongsi apa yang kita pendamkan..oleh itu, carilah seseorang yang boleh dipercayai..seseorang yang sanggup memberikan telinganya kepada kita untuk mendengar segala cerita dan luahan..dan paling penting seseorang yang boleh menyimpan dengan rapi apa yang diceritakan oleh kita..InsyaAllah lepas ni kita akan peroleh ketenangan..

Tetapi..andai kata semua perkara di atas kita dah buat..tapi jiwa kita,nurani kita..hati kita masih dibelengu kepulan-kepulan asap yang menghalang kita untuk mendapatkan ketenangan..Dan dengan itu bersegeralah kita muhasabah diri kita..kita berfikir sejenak apa yang telah kita lakukan..imbau kembali segala perbuatan kita..dari itu kita akan peroleh ketenangan..

Di sini saya sertakan beberapa contoh para remaja yang masih tidak mendapat ketenangan walaupun telah melakukan perkara-perkara yang disebutkan di atas..

Mengutuk rakan di belakang.
Kita sebagai manusia memang tak pernah lupa nak mengutuk orang bukan ? saya sendiri mengaku pernah berbuat sedemikian..tapi sudah bersuluh di siang hari..trang tang-tang kita tau mengutuk tu berdosa..
jadi segeralah ubah diri agar tak selalu mengutuk rakan..dan sesiapa saja..kawal mulut kita..gunalah otak untuk mengawal mulut kerna otak adalah ibu segalah anggota badan kita..

Buat salah dekat ibubapa.
Ya , benda ni yang paling kerap berlaku..anak-anak remaja sekarang memang banyak buat salah dekat ibubapa..ada yang melawan cakap ibubapa..meninggikan suara..dan paling teruk sekali pernah mengata di belakang ibubapa..Astaghfirullah..segeralah minta maaf wahai remaja..Berdosa besar tu..Selebihnya saya pasti anda boleh menyenaraikan banyak lagi kesalahan-kesalahan remaja kepada ibubapa..

Dan saya rasa ini yang terakhir..

Berpasang-pasangan..
Remaja dari dulu hingga sekarang pasti kebanyakkannya yang suka sama suka pasti berpasang-pasangan..
atau istilah yang lebih dikenali dikalangan remaja couple . memang tak dapat dinafikan keinginan para remaja untuk memiliki pasangan masing-masing..tapi mestilah ingat ini bukan masa kita untuk bercouple..
dan dalam agama kita Islam juga dah menyatakan couple itu adalah haram ! jadi bagi yang berpacaran mengapa anda melanggar suruhan agama..Ingat tidak ada hubungan yang sah dan halal di mata Allah selain daripada ikatan perkahwinan yang sah ! Masalah remaja bercouple ni bukan sahaja dari kalangan remaja-remaja yang terlibat dalam kegiatan sosial..tetapi remaja yang bijak pandai juga turut terlibat..Dan paling memalukan remaja SMKA sendiri..mengapa ini harus berlaku ? sedang sudah cukup pendidikan tentang couple yang dibicarakan di sekolah..terutama semasa usrah..berbuih mulut-mulut kakak-kakak dan abang-abang menasihatkan kita..begitu juga guru-guru..Dan bukankah remaja-remaja SMKA merupakan kepercayaan ramai untuk meneruskan penyebaran dakwah..terus menegakkan agama Islam..
Bagaimana anda ingin menegakkan Islam sedangkan diri anda sendiri dah terjerumus ke lembah kehinaan..Bercouple !

Selain tu,ada juga remaja yang bisa kita lihat peribadinya begitu sopan-santun..sentiasa mengutamakan kewajipannya kepada Allah..rajin bersolat melebihi 5 waktu yang utama..sentiasa membaca ayat suci Al-Qurana..tapi dalam diam..hatinya merasa dia jauh tersasar..tidak dapat merasakan ketenangan..tahu mengapa ? jawapannya ada pada diri masing-masing..mungkin juga dia ada melakukan kesalahan seperti yang tertera di atas..Mengutuk Rakan , Buat Salah Dekat IbuBapa atau mungkin sekali dia BerCouple..
siapa tahu..hanya dia yang menentukan di mana silap yang menghalang dirinya untuk mendapatkan ketenangan..

Wallahualam..ini saja yang dapat saya coretkan kali ini..mohon atas segala kekurangan..mohon atas segala kesalahan..andai terdapat kesilapan dalam tinta saya ini..saya mohon perbetulkan lah apa yang salah..
Moga-moga dengan entri kali ini dapat menolong mereka di luar sana untuk memperoleh ketenangan yang diinginkan..


Assalammualaikum..
-Bicara Hamba Allah-