Monday, November 21, 2011

boleh ke couple islamik???

ini kisah benar.....

amin: assalammualaikum diyana.
diyana: waalaikummussalam,owh awak amin....
amin: yana awak tak rasa ke yang kita ni dah kawan terlalu lama??
diyana: memang dah lama nak dekat 3 tahun dah..tapi..napa??
amin: saya nak awak couple awak nak tak??
diyana: saya nak tapi awak pon tahukan kita sekolah agama mana boleh couple..couple tu kan haram dalam agama.....
amin: alah kita couplelah..tapi couple islamik...kita bincang pasal agama je macam mana?ia mesti tak salah dalam agama......sbb kita couple islamik....
diyana: hurmm kalau macam tu..ok lah mulai hari ini awak jadi couple saya....

pada suatu hari di sebuah kedai makan...
tiba-tiba ada seorang perempuan yang datang menegur mereka...

sumaiyah: assalammualaikum dik, adik tengah duk buat apa ni??tanya perempuan tersebut yang merupakan seorang mualaf...
amin dan diyana: kami tengah couple, couple islamik...(dengan selamba badak je diaorang bagi tau)
sumaiyah: bukankah couple iu haram disisi islam.hubungan yang sah hanya..selepas kita berkahwin..
amin: tak pa kak..kami couple islamik..tak berdosa..
sumaiyah: kak ada cerita yang mungkin boleh beri pengajaran buat adik...dulu masa kak baru masuk islam..akak selalu risau..sebab akak dah biasa makan daging babi,bila akak tak makan..akak akan berasa lemah.jadi untuk memastikan akak still boleh makan daging babi..akak telah mengambil seekor ana babi yang baru lahir..akak azankan dia,akak selalu bagi dia dengar akak baca al-quran,ajar dia mengucap dan ambilkan dia wuduk..sampai lah dia berumur dua tahun.bila dah berumur dua tahun akak pun masak dia sebab babi tersebut akak kira dah jadi babi islamik. masa akak dah siap masak..seorang ustaz yang kebetulan satu kampung dengan akak lalu..apalagi akak pun nak berkongsila dengan ustaz tu.akak pun panggil ustaz tu "assalammualaikum ustaz...nah ambil lah lauk ni..saya baru masak".ustaz tu tanya akak apa yang akak masak..akak pun jawabla "daging babi islamik...ustaz jangan risau..babi ni saya dah azankan,dengarkan dia saya mengaji dan ajar dia mengucap..ni daging islamik punya".
lalu ustaz tu pun berkata "astaqfirullahalazim....benda kalau dalam hukum islam kata haram..ia tetap haram...seperti dalam alquran kata..babi haram..makna tetap haram.. tak ada cara yang boleh menghalalkannya"..begitulah kisah akak.

sumaiyah: begitulah juga dengan adik berdua...dalam alquran dah disebut latakrabuzina..bermakna..allah melarang kita daripada menghampiri zina..akak rasa adik berdua mesti sudah tahu....berCOUPLE tu haram..sebab ia seperti zina juga..ia zina kecil iaitu zina hati...jadi adik berdua renungkanlah sebab setahu akak tidak pernah ada kapel islamik.assalammualaikum..akak pergi dulu..

sepeninggalan sumaiyah,amin dan diyana berfikir sejenak.....

diyana: amin..saya rasa betul cakap akak itu...kita telah melakukan kesalahan...saya sudah tidak mahu berkapel..

amin: saya pun rasa begitu..kalau begitu saya setuju kita putus ajalah....

Monday, June 27, 2011

salah siapa????

cerita ini mengisahkan seorang gadis yang berusia 16 tahun,aryana iman.nama yang cukup indah tetapi tak seindah pekertinya.apa yang berlaku sebenarnya?

setiap kali berdoa hanya satu yang dipinta,'ya allah ampunilah dosa ibu dan ayahku serta dosaku.ampunilah dosaku terhadap ibuku ya allah'manik-manik jernih jatuh dari tubir mata yana .
setiap kali mengingati dosanya terhadap ibu kesayanganya....dia diselubungi perasaan bersalah yang teramat.

dua tahun lalu...

"yana.....yana nak ke mana sayang?"soal puan rubiah ibu kepada aryana."huh....sekarang baru mama nak tanya kemana yana nak pergi?yana ingat mama dah tak perlukan yana lagi...kenapa mama tak teruskan aktiviti harian mama tu....?"soal aryana agak kasar."yana..sayang..kenapa cakap dengan mama macam tu?mama tak pernah ajar anak mama cakap kasar macam tu.."ujar puan rubiah masih berlembut dengan sikap anak bongsunya yang sejak kebelakangan ini asyik keluar rumah.
 "mama...mama...kenapa mama tanya yana?sepatutnya mama tanya diri mama tu...kenapa yana boleh berubah sampai macamni.."kata aryana sambil mencari-cari kunci skuternya."mama tak faham kenapa yana jadi macam ni?ujar puan rubiah sebak.
  "mama....sejak kematian papa ada mama jaga yana?takkan...mama asyik menangis meratapi kematian papa.mama fikir mama saja yang sedih.yana pun sedih tau tak mama.mama abaikan yana.makan pakai semuanya yana uruskan.ada mama kisah.asyik-asyik menangis...macam lah papa akan datang jumpa mama"ujar aryana panjang lebar tanpa rasa bersalah melihat perubahan wajah mamanya.
  "yana...mama minta maaf..mama tahu.mama dah abaikan yana...mama terlalu sedih dengan apa yang berlaku.mama minta maaf".ujar puan rubiah mengawal dari menitiskan air matanya.
  "hurmmm...baru sekarang mama sedar.sorilah mama...masa yana sedih mama tak ada...kawan-kawan yana yang still bagi semangat kat yana.yana nak keluar jumpa kawan...depa dah banyak tolong yana.."ujar yana sambil tersenyum apabila barang yang dicarinya telah dijumpai.dia ingin cepat-cepat berlalu daripada dihujani soalan-soalan yang menyakitkan hati dari mamanya itu.
  "yana...please..tolong jagan tinggalkan mama...mama nak sangat bersama yana seperti dahulu.."ujar puan rubiah dalam tangisnya.
  "ahhh..sudahlah mama semuanya dah terlambat"kata-kata aryana itu menhiris hati tuanya itu.dia berfikir sejenak...dimana salah tunjuk ajarnya.anaknya dahulu seorang yang penyayang,berbudi bahasa dan lemah-lembut kini berubah menjadi gadis liar.anak tungalnya itu ditatang bagai minyak yang penuh."kenapa yana berubah menjadi begini?atau ini memang salah aku kerana mengabaikannya setelah kematian suamiku?soal puan rubiah didalam hati.
 dia dikejutkan dengan bunyi deruman motosikal diluar rumahnya."yana..tolong jangan keluar sayang...kita boleh mulakan hidup baru.."ujar puan rubiah seraya mendekati anaknya itu.tanpa menghiraukan kata-kata puan rubiah aryana terus membelah malam.puan rubiah yang sudah menangis mengejar anaknya supaya pulang kerumah.tetapi kata-katanya itu hanya sia-sia anaknya terus menunggang skuternya...dia memperlahankan skuternya agar didekati puan rubiah.puan rubiah menyangka anaknya akan berhenti.rupa aryana cuma mahu mengenakanya sahaja.
  tiba di satu simpang...poooooooooooooooon.....bunyi panjang hon dari sebuah motorsikal dari arah bertentangan.allahhuakbar...jerit lantang puan rubiah.aryana memberhentikan skuternya lalu menoleh ke belakang.alangkah terkejutnya..melihat mamanyaterbaring diatas jalan dengan bermandikan darah.dia berlari mendapatkan mamanya lalu memangku kepala  mamanya."mama...yana minta maaf..... mama..,yana bersalah...mama tolong jangan tinggalkan yana.yana tak boleh hidup tanpa mama....tolong jangan tinggalkan yana.."rintih aryana dalam tangis yang menjadi-jadi melihat wajah pucat mamanya."shhhh....yana tt...tak ber..sal...lah..ma..mma yang sa...lah..mama abai....kan tanggung....jawab mama..mmmma...ma.minta...maaf"ujar puan rubiah tersekat-sekat."mama jangan tinggalkan yana..yana sayang mama..yana hanya ada mama sorang ja kat dunia ni...tolong jangan tinggalkan yana..."ujar aryana dalam tangisnya."anak mama...yang mama sayang....jan...gan nangis...sayang...se..lagi..ya.nna masih..in..gat..ma...ma...mama ...akan....terus..berada..da..da..lam hati...yannn...na...kalau mamm..ma dah..tak ada...yann...na kena pandai..jaga diri..ingat...pesan ..mamma...dan..pap...pa..mama...nak anak mama yang dulu...."ujar puan rubiah."mama...yana janji yana akan jadi anak solehah...yana akan buat mama bahagia...yana janji yana akan ingat pesan mama dan papa sampai bila-bila"ujar aryana."ka..ka..lau ma...cam tu..mama...dah boleh...pergi...mama maafkan yana.....mama...sa..sayang...yana..."ujar puan rubiah lalu menghembuskan nafas yang terakhir..aryana meraung sambil memeluk mamanya...
  tiba-tiba....dummmm..
bunyi guruh diluar rumah membuatkan aryana tersentak dari kenangan pahit dari  masa silamnya...hujan yang turun menemani aryana yang masih menangis diatas tikar sejadah...
betapa besar dosa terhadap mamanya,tidak akan sesekali dilupakanya....
 *sebaik-baik wanita adalah wanita solehah*

harga sebuah kasih sayang

seandainya kau tahu,apa yang ku mahu...mahukah dirimu,untuk mendekatiku...dan aku tak bisa,memaksa dirimu...walau dalam tidur ku kan menantimu...hingga akhir nanti....
bermulanya kisah...
      "nia!"aku terkejut mendengar mama memanggil namaku.jeritan itu aku dapat mengagak perkara buruk bakal berlaku.aku menuju kearah mama yang sedang berdiri sambil memerhatiku dengan muka yang garang yang berada didapur.ketika aku dihadapan mama,aku melihat mama sedang menyenduk nasi yang ditanak oleh aku.
     "hey,nia!macam mana kau masak nasik ha!!lembik tau...lembik...macam mana aku nak makan ni?kata mama sambil menunjal-nunjal kepalaku.kau ni dua kali lima ja macam mak kau"aku menangis apabila mama mengaitkan kesalahanku dengan ibu.sebenarnya mama ibu tiriku.ibuku telah meninggal disaat melahirkan aku.ayah pula seorang tentera jadi dia jarang bersama kami sekeluarga.aku pun tidak tahu kenapa mama sangat membenci diriku.menurut mama,aku ini hanya menyusahkan dirinya dan ibuku telah merampas ayah daripada mama.akan tetapi,aku tidak kisah dengan semua itu.walau sebesar mana pun mama membenci aku...aku tetap menyanggi mama,kerana dia yang telah menjaga aku dari kecil.
pada suatu hari......
    "mama...boleh tak nia ikut mama pergi bandar.yati nak beli beberapa buah buku latihan dan alat menulis.minggu depan ada percubaan UPSR.boleh tak mama?.tanya aku kepada mama yang sedang asyik membaca majalah. mama menutup majalah dan memandangku."tak payah beli yang lain membazir ja.guna buku haryani. lagi pun dia dah tak guna buku tu.lagipun buku latihan dia banyak yang belum diguna lagi.daripada ada tapi tidak diguna...lebih baik kau yang guna.tak membazir.aku baru teringat...aku nak suruh kau cuci tandas nanti"kata mama kepada aku.aku terdengar suara kak yani menegur sikap mama.dalam rumah ini hanya abang hakiem dan kak haryani yang baik dengan aku.adik bongsuku harliza tidak menyukaiku seperti mama.tapi aku pasrah dengan takdirku.
     pada suatu hari,ketika aku sedang mengemop lantai,tiba-tiba harliza menendang baldi yang berisi air sabun.aku menegur harliza tentang sikapnya itu.harliza melawan kata-kataku sambil memuncungkan mulutnya....tiba-tiba....bedebub"aduh bangsat kau,maki harliza kepada ku."mama...jerit harliza sekuatnya sambil memanggil mama.mama yang sedang menonton televisyen terus bangun menuju kepada harliza.harliza memfitnahku,katanya aku menolaknya sehingga terjatuh.mama termakan kata-kata harliza lalu memarahiku."kau ni memang sengaja nak sakitkan hati aku,nia.dulu mak kau yang sakitkan hati aku sekarang kau pulak nak sakitkan hati anak aku!!"tengking mama dengan muka yang merah padam. "mama nia tak ada niat pun buat mama sakit hati.tapi sumpah mama...nia tak tolak harliza pun.dia yang jatuh sendiri"aku cuba membela diri.
"habis kau ingat anak aku ni penipu larh yerr...kau ni memang kurang ajar.nah rasakan!!"mama terus mengambil baldi yang masih ada sedikit air sabun itu,lalu menyimbah kepadaku.harliza yang melihat tersenyum puas. "ya allah...mama!apa yang mama buat ni?"sergah abang hakiem.kak yani pula membantu aku bangun.mama tidak mengendahkan kata-kata abang hakiem.tiba-tiba datang kekuatan kepada diriku...yang datang entah dari mana untuk menanya soalan yang selama ini membelenggu kotak fikiranku kepada mama....
"mama kenapa mama benci sangat dengan nia?apa salah nia?kalau disebabkan ibu nia,mama benci nia,nia minta maaf sangat-sangat.nia sanggup lakukan apa saja asalkan mama dapat maafkan ibu nia...tapi mama cuma satu yang nia minta...tolong kasihani nia..nia juga ingin dibelai dan dimanja oleh mama seperti anak-anak mama yang lai.yati ingin sangat ma...mama boleh sayangi nia..."kataku sambil memaut kaki mama.kak yani turut menangis mendengar kata-kataku.abang hakiem menyuruh aku bangun tetapi aku enggan bangun selagi mam tidak menjawab pertanyaanku."baik kalau kau nak aku sayang kau boleh..tapi aku tak boleh berhenti membenci mak kau.kalau kau nak kasih sayang aku...kau mesti bayar seratus  ringgit setiap bulan sebagai bayaran kasih sayang yang aku berikan kepada kau..."aku terdiam.kasih sayang mama yang kudambakan begitukah nilainya...?ya allah tabahkanlah hatiku.abang hakiem memarahi mama kerana sikapnya yang keterlaluan.kak yani pula memujuk aku supaya tidak memperdulikan kata-kata mama."nia setuju mama....kalau duit seratus itu mampu membuatkan mama sayangkan nia.nia sanggup ma..nia akan usahakan..."mama memandangku sinis lalu menarik kakinya dari pautanku.abang hakiem dan kak yani memandangku dengan muka penuh simpati.tetapi bukan itu yang aku mahu...aku hanya ingin dapatkan kasih sayang mama.itu tekadku.
   sebulan telah berlalu.....aku telah dapat duit hasil jualan tin-tin kosong yang aku kutip setiap hari.aku anggarkan duit itu cukup untuk diberikan kepada mama.setelah pulang dari sekolah aku menyerahkan duit seratus kapada mama tetapi lain pula jadinya.mama telah mengambil duit itu lau menolak kasar aku keluar dari rumah.aku menjerit dan meratap sakit diperlakukan sebegitu rupa oleh mama. "kau nak sangat kasih sayang aku....?ni ha 'kasih sayang aku' aku...pang..satu tamparan singgah dipipiku...pedih...teramatlah pedih..."aku benci kau sampai matai kau tau tak!!?"jerit mama sambil mengheret aku ketepi jalan.aku merayu-rayu dan menangis minta dilepaskan.abang hakiem dan kak yani yang baru pulang dari sekolah menerpa kearah aku dan mama.harliza terpaku melihat apa yang mama lakukan kepadaku.tiba-tiba aku melihat sebuah kereta meluncur laju kearah aku dan mama.aku menolak cuba menolak mama ketepi....tetapi...
    bum!!!
aku dilanggar oleh sebuah kereta dan badanku terpelanting ketengah jalan.aku rasa teramat sakit.kak yani menjerit melihat aku dilanggar manakala mama dan harliza terpaku melihat apa yang berlaku.abang hakiem meluru kearahku.aku merasa sakit di bahagian kepalaku.darah banyak mengalir dari celah rambut dan mulutku.aku cuba memanggil mama datang kepadaku.mama berjalan perlahan-lahan menuju kesisiku dan memangku kepalaku.abang hakiem berlari kedalam rumah untuk menelefon ambulans.tanganku terketar-ketar memegang wajah mama.mama berkali-kali memohon maaf daripada aku.aku sekadar tersenyum."ma...ma tak...per...nah ss...sa..lah...nia..tet..tap sayang.....ma...ma."kataku tersekat-sekat.dadaku terasa sesak dan sempit.ya allah bantulah aku.sakit sangat.....
 "mama sayangkan nia.mama cuma cemburu dengan ibu nia...dia terlalu baik...mama tak sepertinya..."mama meraung di sisi aku.kak yani dan harliza turut menangis meliha keadaanku yang berlumuran darah.
  "ma..ma...bo..bo..leh peluk...nia?pintaku kepada mama.mama menangis mendengar pemintaanku.baik sayang...mama peluk sayang.."mama memelukku dengan erat sekali.ya allah betapa bahagianya perasaanku ini.terima kasih..ya allah..terima kasih mama..kerana memberi peluang untuk aku merasa perasaan ini...aku masih dalam pelukan mama..semakin erat pelukan itu..aku memandang ke langit sambil tersenyum. "ter...rima...ka..sih..mma...ma"kataku perlahan..dan...

   innalillahiwainna illahiroji'un..daripada Nya kita datang,kepadaNYA kita kembali....

sekian untuk kali ini....

Thursday, December 23, 2010

Tombo Ati .

Assalammualaikum w.b.t...

saya minta maaf kepada followers yg selalu singgah BHA(bicarahambaAllah)..
maaf sebab lama tak update..ada sedikit halangan untuk tidak membenarkan saya terus bertinta..
huhu..
erm,ha entri kali ni saya ada sedikit buah tangan untuk kalian yang saya dapat daripada Wasilah Tarbiyah..

ok,macam tajuk dekat atas..Tombo Ati..
sebenarnya ni pun kali pertama saya dengar perkataan tu..dan kalau ada yang tahu pasal Tombo Ati dan nak kongsi lebih lagi boleh tinggalkan komen :)

seperti mana bacaan saya..Tombo Ati ni sebuah lagu spiritual yang di popularkan kembali oleh Opick..
lagu ni terngiang-ngiang kembali memberi peringatan kepada kita semua .
> saya sendiri belum pernah dengar lagu ni,rasanya di youtube pasti ada..haaa,cakap pasal youtube ni lah masanya utk manfaatkan dia..bukan dengan cari lagu yang entah apa apa atau video yang pelik pelik..manfaatkan carian kalian..cuba cari lagu Tombo Ati ni..saya juga pasti cari..kalau ketemu insyaAllah di postkan di sini :)

oh yaa..lagu Tombo ati ni sememangnya popular di kalangan orang Jawa..
tapi bagi kita..lagu ni masih asing lahh..
tak lupa jugak lagu Tombo Ati dikarang oleh Sunan Bonang iaitu salah seorang Walisongo..
Kalau diterjemahkan dalam bahasa kita..bahasa melayu..Tombo Ati bermaksud Hiburan Hati , Ubat Hati dan yang seangkatan dengannya..
lagu tombo ati sarat dengan makna..di sini saya sertakan sekali liriknya..moga2 dapat beri penghayatan walaupun berlainan bahasa...

tombo ati iku limo perkarane
kaping pisan maco Qur'an lan maknane
kaping pindho sholat wengki lakonono
kaping telu wang kang sholeh kumpulono
kaping papat kudu weteng ingkang luwe
kaping limo dzikir wengki ingkang suwe
salah sawijine sopo biso ngelakoni
mugi-mugi Gusti Allah ngembatani
obat hati ada lima perkaranya
yang pertama , baca Qur'an dan maknanya
yang kedua , sholat malam dirikanlah
yang ketiga , berkumpulah dengan orang soleh
yang keempat , perbanyakanlah berpuasa
yang kelima , dzikir malam perpanjangkanlah
salah satunya siapa bisa menjalani
moga-moga Gusi Allah mencukupi

*Faham ke?

ok , Lima pesan Tombo Ati itulah jawapan yang selama ini di cari-cari oleh orang-orang yang ingin hatinya tenteram.Ketenangan jiwa ubatnya ternyata tidak harus pergi ke tempat-tempat yang jauh atau menjauhi keramaian dengan semata-mata pergi ke tempat yang sunyi , dan sebagainya.Ubat unuk mendapat ketenangan jiwa ada pada diri kita sendiri..mungkin kita sahaja yang tidak menyedarinya..Kita boleh mendapat ketenangan jiwa dengan melakukan lima perkara,iaitu :

> Baca Al-Quran dan fahami maknanya .
mari kita renungkan..berapa kali kita baca Al-Quran dalam sehari ? dalam seminggu ? dalam sebulan ?
Ataukah Al-Quran hanya menjadi barang berharga yang tersimpan rapi di dalam almari tanpa pernah membukanya ?
...Inilah kedamaian jiwa bagi mereka yang beriman yakni apabila membaca Al-Quran dan sentiasa  terngiang-ngiang nikmat Allah , janji Allah dan juga larangan dan perintahNya.Mereka ini akan yakin dengan setiap langkah selepas membaca kerana inilahkitab panduan Al-Quran Baqarah 2:2 .

> Mendirikan solat malam (tahajjud)
Untuk mendidik jiwa generasi Al-Quran yang unik seperti 1400 tahun dahulu di Mekah,mereka telah di wajibkan Qiamullail selama setahun.Akhirnya terbukti , mereka lah permata-permata yang telah membuka pekung kegelapan jahiliyah kepada cahaya islam.
...Justeru itu,untuk mendidik jiwa muda Islam zaman sekarang perbanyakkanlah tahajudd agar dapat mengelakkan diri dari terpesong memandangkan zaman sekarang merupakan era penuh cabaran .

> Berkumpul dengan orang soleh
Berkumpul dengan orang yang selalu menegakkan agama sangat berbeza rasanya berkumpul dengan orang yang sekuler atau jahilliyah dengan hal-hal yang berbau agama.Bagi kelompok terakhir ini(umat Nabi Muhammad SAW) ajaran agama dia anggap sebagai belenggu kebebasan ataupun sesuatu yang menghalang untuk terus hidup bebas.Selalu berada dengan orang yang rajin solat,pemurah,selalu berzikir dan menampakkan wajah yang teduh dapat membuatkan hati kita tenteram.Ini kerana,aura kesolehan orang itu sedikit sebanyak turut memancar ke diri kita.
..Berkumpul dengan orang sebegini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara perkara mungkar kerana terpengaruh dengan peribadi orang soleh itu.

> Perbanyakkanlah puasa
Tidak kira puasa sunat Isnin-Khamis atau dikenali juga sebagai Puasa Nabi Daud , semuanya merupakan saranan mendidik jiwa . Hinggakan Nabi  SAW pernah berpesan kepada para pemuda yang tidak mampu berkahwin spaya menjaga diri mereka dengan berpuasa !

> Berlama-lama dengan zikir malam
Zikir malam atau juga 'tengok bola' selepas waktu malam merupakan satu aktiviti yang menenangkan. Selain dapat mendidik lidah agar terus basah dengan kalimah-kalimah Allah sebagai tanda mensyukuri segala nikmat yang diberikan .

- Moga moga kita diberikan kekuatan untuk menggapai redhaNya -

akhir kalam , assalamualaikum ,
sampai bertemu dalam tinta seterusnya .

Saturday, October 2, 2010

Mencari Ketenangan.

Salam penuh keberkatan . Setelah seminggu lebih menghasilkan blog ini merupakan entri saya yang pertama..
Maaf atas segala kecacatan..InsyaAllah kecacatan tersebut akan diperbaiki dari masa ke semasa..

Entri saya kali ni berkaitan dengan ketenangan .  Ramai antara kita kini sibuk mencari ketenangan bukan ? Terutama sekali remaja..Ya remaja memang banyak onak dan duri yang perlu di lalui..Mungkin kerna itu mereka stress..kemurungan dan sebagainya..Dan mereka ini juga sedang mencari ketenangan..
Entri ini saya khususkan kepada para remaja di luar sana..

Apa yang saya nak fokuskan kali ini ialah soal mendapatkan ketenangan..Caranya mudah saja..Dekatkan diri kepada pencipta kita iaitu Allah dan segala masalah yang membendung diri ini pasti hilang..Sujud di hadapanNya..luahkan apa yang terpendam..nangis sepuas-puasnya andai itu dapat mengeluarkan apa yang terbuku di hati..Allah sentiasa mendengar luahan hati kita..Allah sentiasa berada di sisi kita..Mengadulah segala-galanya kepada Dia..

Tapi kadang-kadang meluahkan segalanya di atas tikar sejadah dihadapanNya tak dapat memberikan ketenangan sepenuhnya kepada kita..Cara yang lain ialah bacalah ayat-ayat suci Al-Quran yang sememangnya mujarab untuk merawat segala jenis penyakit..termasuk juga penyakit kesedihan,kemurungan, stress dan sebagainya..Bacalah hingga peroleh ketenangan yang diinginkan..

Selain daripada meluahkan masalah kepadaNya dan juga mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran..mungkin kita juga perlukan seseorang untuk berkongsi masalah kita..berkongsi apa yang kita pendamkan..oleh itu, carilah seseorang yang boleh dipercayai..seseorang yang sanggup memberikan telinganya kepada kita untuk mendengar segala cerita dan luahan..dan paling penting seseorang yang boleh menyimpan dengan rapi apa yang diceritakan oleh kita..InsyaAllah lepas ni kita akan peroleh ketenangan..

Tetapi..andai kata semua perkara di atas kita dah buat..tapi jiwa kita,nurani kita..hati kita masih dibelengu kepulan-kepulan asap yang menghalang kita untuk mendapatkan ketenangan..Dan dengan itu bersegeralah kita muhasabah diri kita..kita berfikir sejenak apa yang telah kita lakukan..imbau kembali segala perbuatan kita..dari itu kita akan peroleh ketenangan..

Di sini saya sertakan beberapa contoh para remaja yang masih tidak mendapat ketenangan walaupun telah melakukan perkara-perkara yang disebutkan di atas..

Mengutuk rakan di belakang.
Kita sebagai manusia memang tak pernah lupa nak mengutuk orang bukan ? saya sendiri mengaku pernah berbuat sedemikian..tapi sudah bersuluh di siang hari..trang tang-tang kita tau mengutuk tu berdosa..
jadi segeralah ubah diri agar tak selalu mengutuk rakan..dan sesiapa saja..kawal mulut kita..gunalah otak untuk mengawal mulut kerna otak adalah ibu segalah anggota badan kita..

Buat salah dekat ibubapa.
Ya , benda ni yang paling kerap berlaku..anak-anak remaja sekarang memang banyak buat salah dekat ibubapa..ada yang melawan cakap ibubapa..meninggikan suara..dan paling teruk sekali pernah mengata di belakang ibubapa..Astaghfirullah..segeralah minta maaf wahai remaja..Berdosa besar tu..Selebihnya saya pasti anda boleh menyenaraikan banyak lagi kesalahan-kesalahan remaja kepada ibubapa..

Dan saya rasa ini yang terakhir..

Berpasang-pasangan..
Remaja dari dulu hingga sekarang pasti kebanyakkannya yang suka sama suka pasti berpasang-pasangan..
atau istilah yang lebih dikenali dikalangan remaja couple . memang tak dapat dinafikan keinginan para remaja untuk memiliki pasangan masing-masing..tapi mestilah ingat ini bukan masa kita untuk bercouple..
dan dalam agama kita Islam juga dah menyatakan couple itu adalah haram ! jadi bagi yang berpacaran mengapa anda melanggar suruhan agama..Ingat tidak ada hubungan yang sah dan halal di mata Allah selain daripada ikatan perkahwinan yang sah ! Masalah remaja bercouple ni bukan sahaja dari kalangan remaja-remaja yang terlibat dalam kegiatan sosial..tetapi remaja yang bijak pandai juga turut terlibat..Dan paling memalukan remaja SMKA sendiri..mengapa ini harus berlaku ? sedang sudah cukup pendidikan tentang couple yang dibicarakan di sekolah..terutama semasa usrah..berbuih mulut-mulut kakak-kakak dan abang-abang menasihatkan kita..begitu juga guru-guru..Dan bukankah remaja-remaja SMKA merupakan kepercayaan ramai untuk meneruskan penyebaran dakwah..terus menegakkan agama Islam..
Bagaimana anda ingin menegakkan Islam sedangkan diri anda sendiri dah terjerumus ke lembah kehinaan..Bercouple !

Selain tu,ada juga remaja yang bisa kita lihat peribadinya begitu sopan-santun..sentiasa mengutamakan kewajipannya kepada Allah..rajin bersolat melebihi 5 waktu yang utama..sentiasa membaca ayat suci Al-Qurana..tapi dalam diam..hatinya merasa dia jauh tersasar..tidak dapat merasakan ketenangan..tahu mengapa ? jawapannya ada pada diri masing-masing..mungkin juga dia ada melakukan kesalahan seperti yang tertera di atas..Mengutuk Rakan , Buat Salah Dekat IbuBapa atau mungkin sekali dia BerCouple..
siapa tahu..hanya dia yang menentukan di mana silap yang menghalang dirinya untuk mendapatkan ketenangan..

Wallahualam..ini saja yang dapat saya coretkan kali ini..mohon atas segala kekurangan..mohon atas segala kesalahan..andai terdapat kesilapan dalam tinta saya ini..saya mohon perbetulkan lah apa yang salah..
Moga-moga dengan entri kali ini dapat menolong mereka di luar sana untuk memperoleh ketenangan yang diinginkan..


Assalammualaikum..
-Bicara Hamba Allah-