Salam penuh keberkatan . Setelah seminggu lebih menghasilkan blog ini merupakan entri saya yang pertama..
Maaf atas segala kecacatan..InsyaAllah kecacatan tersebut akan diperbaiki dari masa ke semasa..
Entri saya kali ni berkaitan dengan ketenangan . Ramai antara kita kini sibuk mencari ketenangan bukan ? Terutama sekali remaja..Ya remaja memang banyak onak dan duri yang perlu di lalui..Mungkin kerna itu mereka stress..kemurungan dan sebagainya..Dan mereka ini juga sedang mencari ketenangan..
Entri ini saya khususkan kepada para remaja di luar sana..
Entri ini saya khususkan kepada para remaja di luar sana..
Apa yang saya nak fokuskan kali ini ialah soal mendapatkan ketenangan..Caranya mudah saja..Dekatkan diri kepada pencipta kita iaitu Allah dan segala masalah yang membendung diri ini pasti hilang..Sujud di hadapanNya..luahkan apa yang terpendam..nangis sepuas-puasnya andai itu dapat mengeluarkan apa yang terbuku di hati..Allah sentiasa mendengar luahan hati kita..Allah sentiasa berada di sisi kita..Mengadulah segala-galanya kepada Dia..
Tapi kadang-kadang meluahkan segalanya di atas tikar sejadah dihadapanNya tak dapat memberikan ketenangan sepenuhnya kepada kita..Cara yang lain ialah bacalah ayat-ayat suci Al-Quran yang sememangnya mujarab untuk merawat segala jenis penyakit..termasuk juga penyakit kesedihan,kemurungan, stress dan sebagainya..Bacalah hingga peroleh ketenangan yang diinginkan..
Selain daripada meluahkan masalah kepadaNya dan juga mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran..mungkin kita juga perlukan seseorang untuk berkongsi masalah kita..berkongsi apa yang kita pendamkan..oleh itu, carilah seseorang yang boleh dipercayai..seseorang yang sanggup memberikan telinganya kepada kita untuk mendengar segala cerita dan luahan..dan paling penting seseorang yang boleh menyimpan dengan rapi apa yang diceritakan oleh kita..InsyaAllah lepas ni kita akan peroleh ketenangan..
Tetapi..andai kata semua perkara di atas kita dah buat..tapi jiwa kita,nurani kita..hati kita masih dibelengu kepulan-kepulan asap yang menghalang kita untuk mendapatkan ketenangan..Dan dengan itu bersegeralah kita muhasabah diri kita..kita berfikir sejenak apa yang telah kita lakukan..imbau kembali segala perbuatan kita..dari itu kita akan peroleh ketenangan..
Di sini saya sertakan beberapa contoh para remaja yang masih tidak mendapat ketenangan walaupun telah melakukan perkara-perkara yang disebutkan di atas..
Mengutuk rakan di belakang.
Kita sebagai manusia memang tak pernah lupa nak mengutuk orang bukan ? saya sendiri mengaku pernah berbuat sedemikian..tapi sudah bersuluh di siang hari..trang tang-tang kita tau mengutuk tu berdosa..
jadi segeralah ubah diri agar tak selalu mengutuk rakan..dan sesiapa saja..kawal mulut kita..gunalah otak untuk mengawal mulut kerna otak adalah ibu segalah anggota badan kita..
Buat salah dekat ibubapa.
Ya , benda ni yang paling kerap berlaku..anak-anak remaja sekarang memang banyak buat salah dekat ibubapa..ada yang melawan cakap ibubapa..meninggikan suara..dan paling teruk sekali pernah mengata di belakang ibubapa..Astaghfirullah..segeralah minta maaf wahai remaja..Berdosa besar tu..Selebihnya saya pasti anda boleh menyenaraikan banyak lagi kesalahan-kesalahan remaja kepada ibubapa..
Dan saya rasa ini yang terakhir..
Berpasang-pasangan..
Remaja dari dulu hingga sekarang pasti kebanyakkannya yang suka sama suka pasti berpasang-pasangan..
atau istilah yang lebih dikenali dikalangan remaja couple . memang tak dapat dinafikan keinginan para remaja untuk memiliki pasangan masing-masing..tapi mestilah ingat ini bukan masa kita untuk bercouple..
dan dalam agama kita Islam juga dah menyatakan couple itu adalah haram ! jadi bagi yang berpacaran mengapa anda melanggar suruhan agama..Ingat tidak ada hubungan yang sah dan halal di mata Allah selain daripada ikatan perkahwinan yang sah ! Masalah remaja bercouple ni bukan sahaja dari kalangan remaja-remaja yang terlibat dalam kegiatan sosial..tetapi remaja yang bijak pandai juga turut terlibat..Dan paling memalukan remaja SMKA sendiri..mengapa ini harus berlaku ? sedang sudah cukup pendidikan tentang couple yang dibicarakan di sekolah..terutama semasa usrah..berbuih mulut-mulut kakak-kakak dan abang-abang menasihatkan kita..begitu juga guru-guru..Dan bukankah remaja-remaja SMKA merupakan kepercayaan ramai untuk meneruskan penyebaran dakwah..terus menegakkan agama Islam..
Bagaimana anda ingin menegakkan Islam sedangkan diri anda sendiri dah terjerumus ke lembah kehinaan..Bercouple !
Selain tu,ada juga remaja yang bisa kita lihat peribadinya begitu sopan-santun..sentiasa mengutamakan kewajipannya kepada Allah..rajin bersolat melebihi 5 waktu yang utama..sentiasa membaca ayat suci Al-Qurana..tapi dalam diam..hatinya merasa dia jauh tersasar..tidak dapat merasakan ketenangan..tahu mengapa ? jawapannya ada pada diri masing-masing..mungkin juga dia ada melakukan kesalahan seperti yang tertera di atas..Mengutuk Rakan , Buat Salah Dekat IbuBapa atau mungkin sekali dia BerCouple..
siapa tahu..hanya dia yang menentukan di mana silap yang menghalang dirinya untuk mendapatkan ketenangan..
Wallahualam..ini saja yang dapat saya coretkan kali ini..mohon atas segala kekurangan..mohon atas segala kesalahan..andai terdapat kesilapan dalam tinta saya ini..saya mohon perbetulkan lah apa yang salah..
Moga-moga dengan entri kali ini dapat menolong mereka di luar sana untuk memperoleh ketenangan yang diinginkan..
Assalammualaikum..
-Bicara Hamba Allah-